in ,

Sifu Penipu Suruh Tutup Syarikat.

Kalau kau jumpa sifu yang ajar TUTUP company buka company baru untuk elak daripada bayar GST dan bayar cukai. Itu bukan sifu, itu penipu.

Tindakan macam gitu bukanlah tindakan cerdik. Sudah pasti ia melanggar etika bagi orang yang layak bercakap isu cukai.

Company yang sudah lama tidak declare cukai, pendekatan yang perlu anda ambil ialah dengan mengisytihar cukai sepanjang berniaga.

Itulah penting untuk declare cukai setiap tahun bagi mengelakkan beban atau cukai terkumpul.

Beban dan cukai yang terkumpul ini boleh dielakkan dengan merancang cukai anda. Mengambil peduli pelepasan cukai yang dibenar dan tidak dibenarkan.

Selain membayar cukai secara penuh sekali setahun, anda orang berniaga mempunyai pilihan untuk membuat bayaran cukai secara ansuran.

Tidak boleh dilupakan juga anda boleh memilih untuk membayar zakat melebihi anggaran cukai yang akan dikenakan secara tak langsung mungkin anda tidak dikenakan cukai atau bayar sedikit perbezaan cukai kena bayar.

Bagi GST pula, syarat wajib bagi mana-mana perniagaan atau syarikat untuk daftar GST apabila jualan tahunan mencecah RM500,000 setahun.

Selepas daripada itu anda wajib untuk mengenakan GST kepada pelanggan dan anda boleh CLAIM semula GST yang dikenakan kepada anda oleh pembekal juga.

Kesan jika jualan anda mencecah RM500,000 dan anda masih tidak mendaftar GST adalah, GST yang dikenakan kepada anda oleh pembekal perlu ditanggung sebagai belanja. Lebih malang lagi, belanja tersebut tidak dibenarkan ketika pengiraan cukai syarikat. Penalti itu sudah pasti !

“Sudahlah jatuh ditimpa tangga.”

Bagi syarikat yang masih jualan dibawah RM500,000 anda mempunyai pilihan untuk membuat pendaftaran secara sukarela. Sekiranya kos GST yang perlu ditanggung oleh anda masih tidak membebankan anda punyai pilihan untuk terus rilex dan tidak berdaftar GST.

Jika anda rasa GST yang dikenakan oleh pembekal juga sudah cukup membebankan, daftar GST secara sukarela walaupun jualan tidak cecah RM500,000. Anda boleh CLAIM GST yang dikenakan oleh pembekal, secara tak langsung mengurangkan beban GST kena bayar kepada Kastam.

Selalu ingat, GST yang anda kenakan kepada pelanggan BUKAN duit anda. Untuk mengelakkan masalah terguna atau tiada duit untuk bayar kepada Kastam apabila sampai tempoh kena bayar.

Anda digalakkan untuk kira berapa jumlah GST yang telah anda kenakan kepada pelanggan setiap bulan. Asingkan siap-siap ke akaun lain supaya tak bercampur duit yang anda guna untuk operasi.

Seterusnya hanya kekal DISIPLIN.

Anda, pemilik perniagaan dan syarikat yang bijak. Elakkan daripada ditipu sifu yang tak bijak.

 

Azrul Izzaham Rozak
Konsultan Akaun dan Cukai

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

A Background In Practical Systems In mail-orderbrides.org

Kenapa Orang Berniaga Gagal Dapat Loan Rumah ?