(Credit: Holly Warfield, Forbes staff)
in ,

Siapakah Pernah Paling Kaya Di Dunia Selain Bill Gate ?

Jika ditanya pada dunia, majoriti mengenali Bill Gates. Individu yang terkaya didunia yang merupakan pengasas bersama Microsoft. Sehinggakan kini Forbes melaporkan kekayaan Bill Gate adalah lingkungan USD 86 Bilion. Berdasarkan anggaran pendapatan bersih tersebut, Bill Gate menghasilkan pendapat sebanyak USD 240 Juta sehari. Adakah kekayaan Bill Gate ini langsung tidak pernah ditandingi ? Kalau pernah, siapakah individu-individu hebat tersebut ? Teruskan pembacaan.

(Credit: Holly Warfield, Forbes staff)

#1. Jeff Bezos – Amazon

Siapa yang tidak kenal suteru Ebay iaitu Amazon. Pengasasnya Jeff Bezos telah menjadi individu terkaya didunia mengalahkan Bill Gate pada pagi 27 Julai 2017. Pada tarikh tersebut Bezos memperoleh pendapatan bersih sebanyak USD 90.6 Bilion dan meninggalkan Bill Gate USD 500 Juta kebelakang.

Diatas kejayaan tersebut, Bezos telah di ikhtiraf sebagai individu ketujuh yang pernah memegang gelaran “Individu Paling Kaya di Dunia”. Sekadar gelaran sementara, pada petang 27 Julai 2017 Bezos telah turun ke tangga kedua selepas saham Amazon melonjak ke 0.7% dan turun mendadak disebabkan pendapatan tersebut mengecewakan pelabur.

(Credit: Holly Warfield, Forbes staff)

#2. Amancio Ortego – Zara

Pengasas jenama pakaian dari Sepanyol iaitu Amancio Ortego pernah menjadi “Individu Paling Kaya di Dunia” untuk beberapa jam pada Oktober 2015. Ortego juga pernah memegang gelaran tersebut selama dua hari pada September 2016.

Ortego merupakan Individu Paling Kaya di Eropah sehingga hari ini dengan pendapatan bersih USD 82.4 Bilion. Beliau juga mempunyai sebuah pasukan bola sepak sendiri di Sepanyol iaitu kelab Deportivo La Coruna.

(Credit: Holly Warfield, Forbes staff)

#3. Carlos Slim Helu – America Movil

America Movil adalah antara syarikat telco terbesar di dunia. Pemiliknya, Carlos Slim Helu adalah antara individu yang pernah menjadi individu paling kaya di dunia. Pada tahun 2010, saham America Movil telah melonjak naik dan secara tidak langsung telah menjadikan beliau nombor satu di dunia mengalahkan Bill Gate dan Warren Buffet ketika itu. Beliau memegang gelaran tersebut sehingga tahun 2013 dan dirampas semula oleh Bill Gate pada tahun tersebut.

(Credit: Holly Warfield, Forbes staff)

#4. Warren Buffet – Berkshire Hathaway

Pada tahun 2008, Warren Buffet Berjaya menjadi individu paling kaya di dunia mengalah Bill Gate diatas kegagalan Microsoft untuk bergabung dengan Yahoo. Warren Buffet ada satu nama gelaran iaitu “Oracle of Omaha” kerana pilihan dan komen beliau tentang pelaburan hampir tempat. Disamping itu, Omaha adalah tempat beliau bekerja dan tinggal.

#5. Taikichiro Mori – Real Estate

Sebelum Bill Gate menjadi individu paling kaya di dunia pada tahun 1995, tahun-tahun sebelum iaitu pada 1991 dan 1992, gelaran tersebut pernah di sandang oleh Taikichiro Mori. Pada tahun itu, beliau menjadi individu paling kaya di dunia dengan pendapatan bersih USD 15 Bilion. Beliau adalah seorang profesor ekonomi sebelum melibatkan diri dalam perniagaan dan pembinaan bangunan di Tokyo. Beliau meninggal pada tahun 1993 di usia 88 tahun.

#6. Yoshiaki Tsutsumi – Real Estate

Pada tahun 1987, Yoshiaki Tsutsumi telah disenaraikan sebagai individu paling kaya di dunia dengan kekayaan bersih USD 20 Bilion pada ketika itu. Kekayaan Tsutsumi berasal daripada hartanah dan perniagaan runcit syarikat Seibu Group. Beliau telah menyandang gelaran tertinggi pada tahun 1993 dan itu merupakan tahun terakhir beliau sebagai individu paling kaya di dunia.

SHARE bagi semua orang pun tahu !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CEO, Chairman, GM. Anda Siapa ?

5 Borang Cukai Yang ‘Famous’ di Malaysia.