in

Selebriti Negara Luar Yang Ada Isu Cukai.

Heboh baru-baru ini, isu-isu cukai pendapatan melibatkan artis Malaysia seperti Shaheizy Sam, Rozita Che Wan, Uqasha Senrose dan beberapa lagi yang lain. Tak terlepas juga Dato Seri Vida I Am Me yang melibatkan isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Buruk perangai sangat ke artis kita ni berbanding artis dari negara luar bila borak isu cukai ni? Badan autoriti di luar negara, adakah sama tegas seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)? Bagi menjawab soalan berikut, kami kongsikan artis-artis negara luar yang pernah ada masalah cukai.

#1. Robert Downey Jr

Peminat filem Ironman, mustahil tak kenal Encik Tony Stark kita. Pada tahun 80an dan 90an, Downey dah biasa pun keluar masuk penjara. Ketika itu, dia telah memperoleh tunggakan cukai lebih USD2 Juta.

Setelah kehidupannya kembali normal dia kembali membina semula karier dan melangsaikan segala tunggakan cukai yang ada. Downey juga pernah menjadi aktor yang menerima bayaran paling tinggi di Hollywood.

#2. Nicolas Cage

Pelakon Ghost Rider ni pernah membuat pendapatan daripada hasil lakonan sehingga USD 150 Juta pada tahun 1996 – 2011. Disebabkan minat yang pelik-pelik, dia banyak laburkan dengan pembelian binatang eksotik, iaitu dua ekor Albino King Cobra, buaya, ikan jerung dan pelbagai lagi binatang eksotik lain.

Hasil lakonannya juga turut di habiskan kepada pembelian dua Pulau Bahamian, Lamborghini Miura SVJ, sebuah piramid di New Orlean dan macam-macam lagi. Disebabkan itu pada tahun 2009, dia telah dikenakan liabiliti cukai sebanyak USD 6.2 Juta sehinggakan dia mengambil tindakan untuk menyaman pengurus wangnya kerana menipu dan cuai.

#3. Wesley Snipes

Wesley Snipes dibebaskan dari penjara Pennsylvania pada April 2013 selama 2 tahun dipenjarakan atas alasan gagal menfailkan penyata cukai dari tahun 1994 sehingga tahun 2000. Menurut laman rasmi Forbes, Snipes mempunyai tunggakan cukai sebanyak USD 2.7 Juta. Masih tidak jelas kesinambungan kes tersebut, sama ada dia sudah melangsaikan semuanya atau masih berhutang dengan kerajaan.

#4. Lindsay Lohan

Selepas dibekukan aset oleh pihak badan autoriti cukai kerajaan di negaranya, pada Disember 2012, Lindsay Lohan telah membuat bayaran cukai untuk dua tahun kebelakang iaitu 2009 dan 2010. Dia telah mempunyai tunggakan cukai sebanyak USD 93,701.57 bagi tahun 2009 dan USD 140203.30 bagi tahun 2010.

Atas bantuan dari seorang aktor Charlie Sheen sebanyak USD 100,000 diterima, Lindsay Lohan telah melangsaikan semua cukai pada tahun 2009 dan baki lebih kurang USD 3,600 digunakan untuk tunggakan 2010, tapi masih belum selesai.

#5. Chris Tucker

Pada tahun 2014, Chris Tucker mempunyai liabiliti cukai sebanyak USD 2.5 Juta. Seminggu kemudian perbincangan di buat dan diputuskan bahawa tunggakan cukai yang dikenakan bagi 4 tahun adalah disebabkan daripada pengurusan dan perakaunan yang lemah.

Banyak lagi artis-artis negara luar yang turut punyai masalah dalam isu-isu percukaian. Kalau artis layak dikenakan cukai, kita yang bukan artis dan berniaga hebat-hebat ni jangan pula lari cukai.

Serah diri, ambil peduli pelepasan-pelepasan cukai yang ada. Boleh rujuk artikel ini 5 Pelepasan Cukai Yang Anda Wajib Tahu.

Best tak cerita ni ? SHARE pada semua, biar semua pun berhati-hati dengan cukai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enterprise VS Sdn Bhd VS PLT.

Un Answered Questions Into Mature Dols Disclosed