in ,

Sekatan Perjalanan Oleh ‘Lembaga’.

Sekatan perjalanan dikenakan ke atas individu atau pengarah syarikat yang gagal menjelaskan cukai pendapatan, cukai keuntungan harta tanah atau cukai korporat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

Sekiranya kau ada tunggakan cukai atau kau pun tak pasti ada atau tidak, kebetulan kau merancang nak keluar negara pula, baiklah untuk kau semak dulu status perjalanan di sini,

http://sspi2.imi.gov.my/

Permohonan Pembatalan Sekatan Perjalanan

Jadi untuk batalkan sekatan oleh pihak LHDN kepada kau yang gagal bayar cukai, kau boleh follow beberapa pematuhan ini,

  1. Buat bayaran penuh kepada pihak LHDN mengikut jumlah tunggakan.
  2. Lepas bayar kau kena kemukakan resit kepada cawangan yang kendalikan file kau.
  3. Resit yang kau nak kemukakan tu mestilah 7 hari sebelum kau nak pergi luar negara tu.

Boleh ke kalau nak minta pelepasan ke luar negara sementara?

Boleh! tetapi mestilah follow juga beberapa pematuhan ini,

  1. Hadir ke cawangan yang kendalikan file sekurangnya 7 hari sebelum ke luar negara.
  2. Mengemukan surat permohonan yang mengandungi maklumat destinasi, tujuan dan tempoh di luar negara.
  3. Membuat bayaran 50% daripada tunggakan.

Sebagai maklumat tambahan, surat pelepasan sementara yang dikeluarkan akan bagitau tempoh sekatan sementara yang diberikan. Jadi janganlah mimpi nak lari dari Malaysia.

#TanyaQuantaMax

#KuatMenjawab

Azrul Izzaham Rozak

Konsultan Akaun dan Cukai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

LHDN Dan Kastam Bersaudara.