in ,

LHDN Sangkal Isu Cukai Ke Atas FB Ads.

Masih ingat lagi isu yang diperhangatkan sebelum ini berkenaan cukai pegangan ke atas pengiklanan menggunakan medium FB Ads?

Tak ingat? Takpa, aku cerita ringkas. Untuk mudah faham kita akan throwback balik pandangan sifu apa aku tak pasti, berkaitan isu ini.

Sebelum tu, kita faham dulu apa itu cukai pegangan (withholding tax). Cukai pegangan adalah cukai yang dikenakan kepada penerima bayaran (Facebook sebagai contoh), yang mana bayaran yang kita nak buat tu ada sebahagian amaun kita pegang dan kita akan bayarkan kepada pihak LHDN.

Jenis-jenis bayaran yang boleh dikenakan cukai pegangan dan di pegang sebahagian amaun oleh peniaga macam kita ni jika pembekalnya tidak mastautin (bukan dari Malaysia) adalah seperti bayaran perkhidmatan, yuran teknikal, sewa harta boleh alih, bayaran kontrak, faedah serta royalti.

Jadi kata sifu ini, kos FB Ads di klasifikasikan sebagai Royalti dan bukan perkhidmatan iklan. Kata dia lagi, pihak Facebook menawarkan SISTEM untuk pengiklanan. Penggunaan sistem yang disediakan oleh Facebook itu diklasifikasikan royalti. Kita guna sistem, kira kita bayar royalti pada Facebook.

Macam mana sebenarnya pengenaan cukai pegangan mengikut kira-kira sifu ni? Ok ambil contoh kos FB Ads adalah RM1,000. Kadai cukai pegangan bagi bayaran royalti ialah 8%. Jadi RM80 adalah 8% daripada RM1,000. RM80 tadi peniaga perlu pegang dan buat bayaran kepada LHDN. Hanya baki RM920 bayar pada Facebook. Boleh? Tak mungkin terjadi. Bertumbuk nanti kau dengan Mark Zuckerberg.

Bila kita tak mampu pegang sebahagian amaun kita kena bayar bagi pihak Facebook yang mana pengiraannya adalah RM1,000 yang kita kena bayar pada Facebook, 8% tambahan daripada RM1,000 adalah RM86.96.

Berdasarkan formula RM1,000/92 x 8 bersamaan RM86.96. Jadi kos keseluruhan adalah RM1,086.96. RM1,000 tadi bayar pada Facebook, RM86.96 pula bayar pada LHDN. Jadi ramailah marah, kenapa nak kena bayar cukai tambahan untuk kos tu pula.

Sabar. Tunggu dan buat memerhati sebelum kau buat kesimpulan. Tunggu tu sampai LHDN keluarkan kenyataan.

Jadi pada 15 November 2017 pihak LHDN telah menaikkan satu kenyataan media di laman rasmi mereka menyatakan tiada ketetapan khusus yang telah ditetapkan bagi layanan cukai ke atas pengiklanan digital.

Secara tak langsung menyangkal semua teori-teori yang hangat dibincangkan oleh pelbagai pihak. Untuk mudah cerita, belanja pengiklanan digital di layan sebagai belanja yang dibenarkan untuk cukai. Tiada cukai pegangan ditetapkan. Berniagalah dengan senyuman.

Dapat sesuatu?

#TanyaQuantaMax
#KuatMenjawab

Azrul Izzaham Rozak
Konsultan Akaun dan Cukai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Daftar Perniagaan Secara ‘ONLINE’.

LHDN Dan Kastam Bersaudara.