in ,

LHDN Dan Kastam Bersaudara.

Pada 16 Oktober 2017 lalu, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah tandatangan sebuah Memorandum Persefahaman Kerjasama Dalam Perkongsian Maklumat bersama.

Secara ringkasnya, pihak LHDN dan Kastam berharap untuk membina satu rangkaian perkongsian maklumat antara agensi kerajaan bagi meningkatkan pelaksanaan operasi kerja dengan lebih berkesan.

Ketua Pengarah Kastam menegaskan bahawa MoU ini dapat meningkatkan prestasi Kastam dalam peningkatan hasil. Sehingga Oktober 2017, Kastam telah berjaya menyelesaikan sebanyak 7537 fail yang melibatkan penyelesaian tuntutan hasil GST dan Duti Import berjumlah RM695.788 juta.

Taskforce CIA dibawah LHDN menerusi inisiatif ini, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN berkata, sehingga 30 September 2017, LHDN pula berjaya menyelesaikan 17,454 kes melibatkan penyelesaian cukai yang berjumlah RM789.851 juta.

Untuk pengetahuan kau, MoU ini juga membolehkan Kastam mendapat maklumat daripada LHDN seperti borang-borang yang melibatkan pendapatan daripada perniagaan, penggajian, syarikat dan cukai ke atas keuntungan harta tanah serta cukai pegangan.

Secara tak langsung, MoU ini membolehkan LHDN juga memperolehi maklumat spesifik berkenaan sesebuah perniagaan atau syarikat yang berkaitan GST serta maklumat lain yang berada dalam kawalan Kastam.

Paling best, maklumat antara kedua-dua agensi ini akan dilakukan proses padanan data (data matching) serta analisis bagi mengenalpasti pembayar cukai yang BERPOTENSI, pemilihan kes audit dan siasatan pematuhan pungutan cukai.

Anda belajar sesuatu?

#TanyaQuantaMax
#KuatMenjawab

Azrul Izzaham Rozak
Konsultan Akaun dan Cukai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

LHDN Sangkal Isu Cukai Ke Atas FB Ads.

Sekatan Perjalanan Oleh ‘Lembaga’.