in

LHDN Buru Golongan Profesional.

Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri akan menjalankan audit dalam masa terdekat kepada golongan Profesional seperti Peguam, Arkitek, Doktor dan Jurutera.

Kata Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Sabin Samitah, golongan Profesional tersebut perlu tampil segera kepada mana-mana pejabat LHDN jika mempunyai isu berkaitan cukai.

Kata beliau lagi “Berdasarkan analisis risiko, maklumat pelbagai pihak termasuk pihak ketiga dan analisis Bank Negara Malaysia, ada dalam kalangan golongan itu tidak mengisytiharkan pendapatan ”

“Kita nasihatkan golongan ini datang ke LHDN dan membuat pendedahan sukarela,”

Kenyataan ini bermaksud bahawa ramai lagi golongan Profesional yang masih mengabaikan cukai. Memandang remeh isu ini. Bagi mereka-mereka yang bukan daripada golongan Profesional bukan bermaksud anda boleh menarik nafas lega.

Setakat ini, LHDN mengutip cukai berjumlah RM75.7 bilion setakat ini, meningkat 2.72 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Jadi jalankan tanggungjawab, Ayuh !

This post was created with our nice and easy submission form. Create your post!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bookkeeper VS Accountant, Orang Berniaga Perlukan Siapa ?

A Background In Practical Systems In mail-orderbrides.org