in , ,

Kenapa Orang Berniaga Gagal Dapat Loan Rumah ?

Ramai orang berniaga boleh buat jualan jutaan ringgit hari ini. Tengok saja pemasaran masing-masing di Facebook. Boleh buat anggaran ringkas, jualan mereka boleh pergi sampai RM100,000 pun sebulan.

Tetapi, adakah orang yang pandai buat duit mampu menguruskan duit mereka dengan baik ?

Ini adalah antara punca kegagalan orang berniaga dalam mendapatkan loan rumah dari pihak bank :

  1. Tak pernah kenal dokumen perniagaan seperti resit, invois, bill, penyata bank dan beberapa dokumen lain.
  2. Dokumen perniagaan tak disimpan dengan baik. Kebiasaannya hilang entah kemana.
  3. Taknak keluar modal beli sistem accounting.
  4. Tak pernah sediakan kira-kira cukai dan penyata kewangan
  5. Kedekut nak hire pekerja separuh masa atau sepenuh masa untuk urusan akaun dan cukai syarikat.
  6. Tak tahu yang ada konsultan boleh bantu urus tadbir dokumen akaun dan cukai.
  7. Tak hantar borang CUKAI / Tak Bayar CUKAI.
  8. Tak lengkapkan dokumen wajib yang pihak Bank perlukan untuk urusan loan.
  9. Tak faham apa kejadah Debt Service Ratio (DSR)
  10. Berlagak tahu berkenaan proses jual beli rumah tanpa merujuk Perunding/Agen Hartanah, Bank, dan Lawyer.
  11. CCRIS dan CTOS tak jaga. Rekod buruk !
  12. Malu untuk bertanya.

Dengan kenalpasti punca kegagalan ini diharap semua orang berniaga dapat belajar sesuatu dan berjaya dalam urusan loan rumah !

 

Azrul Izzaham Rozak

Konsultan Akaun dan Cukai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sifu Penipu Suruh Tutup Syarikat.

Kastam dan LHDN Bergabung Meletup !