in ,

Kastam dan LHDN Bergabung Meletup !

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan memulakan program audit bersama-sama ke atas syarikat di Malaysia. Tujuannya adalah untuk membendung ketirisan dalam pengisytiharan cukai.

Seperti yang dimaklumkan, program ini akan dimulakan di sekitar Lembah Klang sebelum ia di perluaskan ke seluruh negera.

Selain daripada itu tujuan audit ini dilakukan bersama bagi mengelakkan pengauditan dua kali ke sesebuah syarikat. Secara tidak langsung ia dapat menjimatkan kos bagi tujuan audit.

Atas jalinan kerjasama ini juga, pihak Kastam dan LHDN dapat berkongsi maklumat diantara kedua-dua agensi, berkenaan syarikat yang mengelak untuk membayar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan pengisytiharan cukai korporat kurang daripada sepatutnya.

Pihak Kastam berkongsi maklumat berkenaan ada syarikat yang tidak menjalankan sebarang aktiviti perniagaan tetapi menuntut cukai terlebih bayar. Pihak Kastam memandang serius dalam aktiviti yang melibatkan penipuan GST.

Awas !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kenapa Orang Berniaga Gagal Dapat Loan Rumah ?

Bisnes ‘Enterprise’ Saja. Boleh Ke Beli Rumah ?