in ,

Derma ? Orang Bisnes Kena Tahu.

Kagumnya aku pada orang yang jalankan bisnes, kebanyakkan dari mereka suka untuk buat derma. Tak kisah ke mana-mana badan, persatuan, pertubuhan, individu dan kumpulan tertentu.

Pernah juga beberapa client tanyakan, derma yang mereka salurkan melalui perniagaan atau syarikat boleh dapat pelepasan cukai ke ?

Jawapan aku bergantung kepada situasi. Sebabnya, derma ni ada dua jenis. Satu kita panggil sebagai ‘Approved Donation’ dan satu lagi sebagai ‘Unapproved Donation’.

‘Approved Donation’ maksud dia, derma yang kau buat kepada institut atau organisasi yang berdaftar dengan LHDN. Bila pihak institut atau organisasi tersebut mengeluarkan resit, resit tersebut ada tertera “Pelepasan cukai bawah seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1976”.

Klik SINI untuk senarai Institut atau organisasi yang ada pelepasan cukai.

‘Unapproved Donation’ maksud dia, derma yang kau buat kepada pertubuhan atau badan atau kumpulan yang yang tak berdaftar dengan LHDN. Contoh dia, kau derma kepada orang yang jual tisu. Derma tabung masjid juga dikategori sebagai unapproved donation. Derma tersebut tak dibenarkan bagi mengurangkan cukai.

Akhir kata, bergantung kepada niat. Ada sedikit petikan daripada hadis nabi berbunyi,

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”

Kalau anda niat derma untuk memperolehi manfaat akhirat, anda akan dapat apa yang anda niatkan. Jika anda niat derma untuk semata pengurangan cukai, anda akan dapat apa yang anda niatkan. Selamat beramal !

SHARE bagi semua orang pandai.

Azrul Izzaham Rozak

Konsultan Akaun dan Cukai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Elemen Penting Yang Menentukan Untung/Rugi Perniagaan. Wajib Baca !

5 Fakta Gila Tentang Jack Ma.