in ,

CEO, Chairman, GM. Anda Siapa ?

Sering berlaku masalah klasifikasi jawatan dalam sesebuah organisasi. Baik perniagaan Enterprise mahupun Sdn Bhd. Saya pernah ditanya oleh client saya sendiri berkenaan jawatan yang dia patut sandang. Adakah sebagai CEO, Chairman, atau GM. Disini adalah penjelasan sedikit sebanyak supaya semua usahawan tahu apakah jawatan yang patut anda letak

Siapa CEO ?

CEO ialah Chief Executife Officer (Ketua Pegawai Eksekutif). CEO adalah orang utama yang membuat keputusan di dalam syarikat. CEO kebiasaannya akan mewakilkan pengurus-pengurus lain dalam urusan tanggungjawab taktikal syarikat. CEO mempunyai tanggungjawab dalam merancang, melaksanakan dan mengintegrasikan arah tuju syarikat untuk memenuhi matlamat kewangan.

Bergantung kepada sesebuah organisasi, kebiasaannya CEO akan melaporkan apa yang berlaku di syarikat kepada Board of Director (BOD) atau Ahli Lembaga Pengarah. CEO juga dinilai oleh BOD berdasarkan prestasi syarikat.

Siapa Chairman ?

Chairman pula atau Pengerusi adalah jawatan yang lebih tinggi daripada CEO. Chairman merupakan ketua kepada Ahli Lembaga Pengarah (BOD). Ahli Lembaga Pengarah biasanya diundi oleh pemegang-pemegang saham dan bertanggungjawab dalam melindungi kepentingan pelabur dari segi keuntungan dan kestabilan syarikat.

Menjadi juga sebahagian tugas Chairman untuk melantik, memecat jawatan tertinggi dalam organisasi seperti Pengarah dan CEO. Chairman biasanya mempunyai kuasa yang besar dalam penetapan agenda lembaga dan menentukan hasil undi setiap BOD. Chairman tidak perlu untuk memainkan peranan terlalu aktif bagi pengurusan harian syarikat.

Siapa GM ?

GM atau General Manager merupakan jawatan yang hampir sama seperti CEO. Cuma GM ini biasa digunakan untuk syarikat-syarikat kecil. Kata orang jika perniagaan baru melibatkan jutaan ringgit mungkin lebih sesuai dengan menggunakan jawatan GM. Apabila syarikat Berjaya membuat jualan lima juta, boleh mula menaik taraf kepada CEO.

Kesimpulan.

Akhir kata, penggunaan jawatan bergantung kepada kapasiti organisasi. Bukan apa, cuma taknak digelak orang. Masyarakat menilai dari sudut pendirian jawatan. Persepsi pertama gagal, mencerminkan pengurusan organisasi sesebuah syarikat.

Jika sudah kenal perbezaan tersebut. Tolong SHARE pada kawan-kawan lain supaya mereka juga tahu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Siapakah Pernah Paling Kaya Di Dunia Selain Bill Gate ?