in ,

Bookkeeper VS Accountant, Orang Berniaga Perlukan Siapa ?

Dalam perniagaan atau syarikat dua orang ini memainkan peranan penting. Samada melantik staff sepenuh masa untuk mengisi tanggungjawab tersebut atau secara separuh masa itu bukanlah isunya.

 

Jawatan ini juga boleh di lantik syarikat luar yang menawarkan servis bookkeeping ataupun consulting. Sebelum itu baik untuk kau baca sampai habis untuk lebih kenal apa perbezaan tugas mereka, supaya kau juga lebih tahu apa yang perniagaan atau syarikat kau perlukan.

 

BOOKKEPER (Kerani Akaun dan Pembantu Akaun)
  1. Menjalankan tugas simpan kira dokumen perniagaan atau syarikat.
  2. Merekodkan transaksi kewangan.
  3. Membuat pengisytiharan debit dan kredit akaun perniagaan atau syarikat.
  4. Menyediakan Invois.
  5. Mengekalkan dan mengimbangi Ledger perniagaan atau syarikat.
ACCOUNTANT
  1. Memeriksa akaun perniagaan ataupun syarikat.
  2. Menyediakan pelaran transaksi.
  3. Menyediakan Penyata Kewangan perniagaan atau syarikat.
  4. Menganalisis kos operasi perniagaan dan melengkapkan pengisytiharan cukai pendapatan.
  5. Memberi kefahaman tambahan kepada pemilik perniagaan atau syarikat berkenaan kesan dalam membuat keputusan kewangan.
Harap kau boleh faham ringkasan ini. Mulai harini kau sudah tahu siapa yang kau perlukan untuk syarikat ?

 

Ramai orang takut untuk keluar duit lebih, kos katanya. Mungkin kau tak pernah dengar yang “Accounting is the language of business” . Kalau kau takut untuk invest pada orang ataupun sistem, tu yang sampai kesudah account pakai excel saja.

 

Azrul Izzaham Rozak
Konsultan Akaun dan Cukai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The Appeal of Films

LHDN Buru Golongan Profesional.