in ,

Bisnes ‘Enterprise’ Saja. Boleh Ke Beli Rumah ?

Enterprise ini ada dua jenis. Satu kita panggil sebagai Milikan Tunggal (Sole Proprietorship. Satu lagi adalah Perkongsian (Partnership). Kedua-dua jenis pemilikan ni, pemiliknya boleh beli rumah impian.

Orang makan gaji mudah ada payslip (slip gaji). Orang bisnes tiada payslip, bank pandang ke ? Terus baca.

Disini ada 5 info untuk setiap usahawan ‘Enterprise’ mampu beli rumah juga.

#1. Pemilik Enterprise dan Perniagaan Enterprise adalah satu entiti. Berbeza dengan Sdn Bhd yang mana Pengarah, Pemegang Saham dan Syarikat entiti berasingan.

#2. Duit keuntungan perniagaan adalah pendapatan keseluruhan pemilik. Walaupun pemilik ambil gaji, yang dikira sebagai pendapatan adalah duit untung. Pendapatan tinggi, peluang untuk beli rumah lebih mahal tinggi.

#3. Buat akaun perniagaan tahunan dan hantar borang income tax setiap tahun. Income tax Enterprise di kira bawah nama individu. Bagi bank, borang income tax adalah PAYSLIP orang bisnes.

#4. Masuk semua duit jualan kedalam Bank ! Bank akan rujuk semua duit masuk kedalam bank untuk 6 bulan terkini. Average untuk 6 bulan, bank ambil 20% sebagai anggaran pendapatan jika Income tax rendah.

#5. Sediakan kos untuk booking, deposit dan lawyer bagi melancarkan proses pembelian rumah.

Jika anda disiplin dalam mematuhi 5 info diatas. Insha Allah Istana pun boleh beli. Cewah !

Tiada diskriminasi keatas mana-mana pemilikan perniagaan. Semua pun mampu beli aset masing-masing. Dengan sifir mudah,

“Tinggi pendapatan yang kita declare, lagi banyak aset boleh beli.

Banyak pendapatan kita sorok, hanya khemah saja mampu dimiliki.”

SHARE kepada semua orang bisnes !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kastam dan LHDN Bergabung Meletup !

5 Pelepasan Cukai Wajib Anda Tahu.