in , ,

Akaun Dan Cukai, Dari Mana Patut Mula?

“Sepanjang berniaga, saya tak pernah buat apa-apa pasal akaun atau cukai, jadi dari mana saya patut mula?”

Sering aku ditanya soalan macam gini. Daripada mana patut mula. Aku suka untuk katakan yang akaun dan cukai bermula daripada pengurusan dokumen perniagaan yang betul.

Dokumen perniagaan ni apa ? Pelbagai. Contoh jika berlaku jualan, pelanggan kita beli tunai, kita keluarkan bil atau resit kan? Bil dan resit kena simpan sebagai bukti transaksi berlaku.

Ambil contoh kita pergi beli barang dengan pembekal. Belian pula dalam bentuk hutang. Pembekal bagi kita invois kan? Invois tu simpan, bukti transaksi belian berlaku.

Bila kita terima bayaran daripada pelanggan, kita pun bagi nombor akaun untuk mereka bank in atau transfer. Ada juga ketika, kita buat bayaran bagi tujuan bil-bil bulanan seperti bil elektrik, bil telefon, bayaran sewa dan pelbagai.

Pelanggan buat bayaran ke dalam akaun bank kita dan kita buat bayaran kepada pembekal atau bayaran bil melibatkan bank kan ? Jadi bank statement akan menunjukkan duit keluar masuk setiap bulan. Print dan simpanlah bank statement bulanan.

Mula-mula berniaga, tak kisah pun berniaga pakai akaun peribadi dulu. Yang penting simpan rekod transaksi berniaga. Paling mudah jika mana-mana dokumen tersebut melibatkan berniaga, mula simpan.

Mula simpan ni boleh start dari masuk dalam satu plastik. Letak setempat. Ada masa asingkan ikut kategori, jualan, belian atau belanja perniagaan. Ada masa lebih lagi buka file, susun kemas-kemas dalam file. Tak tahu ? Aku kan ada untuk di tanya.

Daripada dokumen-dokumen tu dapatlah hasilkan akaun syarikat, dapatlah tahu hala tuju syarikat. Bolehlah tahu syarikat untung atau rugi. Seterusnya, daripada akaun syarikat kita akan kirakan cukai.

Selesai submit cukai, dapat borang cukai yang telah disah hantar kepada LHDN, sudah boleh gunakan untuk beli kereta kebal, istana apa-apa saja penambahan aset ataupun pinjaman.

Syarat simpan dokumen perniagaan atau syarikat adalah 7 tahun. Jadi kalau sekarang ni tahun 2017, sepatutnya anda kena simpan semua dokumen dari 2011. Sebelum-sebelum tu sudah boleh dilupuskan.

Tapi bagaimana kalau dokumen semua hilang dan tak pernah simpan?

Rujuk pada pihak bank untuk dapatkan bank statement dari mula berniaga sekurangnya. Buat kira-kira akaun dan cukai berdasarkan dokumen yang ada. Bagi resit-resit yang hilang tak dapat diselamatkan lebih baik untuk tak declare.

Jika declare benda yang takda bukti, nanti pengiraan cukai kita masih tak benarkan juga untuk kurangkan cukai. Sudah rugi bagi kita yang berniaga lama ni. Cukai kena bayar tinggi pula. Benda ni berkait rapat. Sebab tu penting,

“DISIPLIN”

“MULAKAN SEKARANG”

#TanyaQuantaMax

#KuatMenjawab

Azrul Izzaham Rozak

Konsultan Akaun dan Cukai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 Fakta Gila Tentang Jack Ma.

Enterprise VS Sdn Bhd VS PLT.