in ,

5 Pelepasan Cukai Wajib Anda Tahu.

Percaya atau tidak, masih ramai lagi individu yang takut untuk declare cukai sebab tak tahu yang banyak pelepasan cukai bagi mengurangkan cukai kena bayar. Individu makan gaji ataupun individu yang ada bisnes Enterprise berhak untuk dapat pelepasan cukai jika layak.

Pelepasan cukai ini ada banyak, tapi ini antara 5 yang wajib anda tahu.

#1. Pelepasan Individu

Pelepasan ini semua individu yang declare cukai wajib dapat sebanyak RM9,000 setiap orang.

#2. Pelepasan Isteri dan Anak

Jika isteri tiada pendapatan boleh dapat pelepasan cukai RM4,000. Kira macam duit poket, duit nafkah kepada isteri. Sebenarnya ada juga pelepasan kepada suami, jika hanya isteri yang bekerja. Pelepasan yang sama RM4,000.

Bagi anak pula tengok syarat umur anak dan belajar di IPTA/IPTS atau tidak. Kalau anak bawah umur 18 tahun pelepasan RM2,000. Anak yang berumur lebih 18 tahun sambung belajar ke IPTA/IPTS dan belum berkahwin pelepasannya RM8,000. Bagi yang tidak sambung belajar dan belum berkahwin hanya RM2,000.

#3. Insurans Nyawa dan KWSP

Pelepasan ini jumlah maksimum pelepasannya adalah RM6,000 setahun. Ia adalah jumlah campur insurans nyawa yang kita bayar kepada syarikat insurans dan jumlah bahagian caruman KWSP bagi pekerja sepanjang setahun.

Sekiranya hasil jumlah kurang daripada RM6,000 boleh claim jumlah tersebut sahaja. Jika hasil jumlah lebih daripada RM6,000, terhad pada jumlah RM6,000 sahaja.

#4. Insurans Perubatan dan Pendidikan

Pelepasan ini jumlah maksimumnya adalah RM3,000 setahun. Ia adalah jumlah campur antara insurans perubatan dan pendidikan terhad kepada RM3,000. Bagi info berkaitan insurans boleh rujuk sahabat-sahabat hebat saya Tuan Faiz Irwan dan Tuan Muhammad Faiz

#5. Pelepasan Gaya Hidup

Merujuk kepada Bajet 2017, ia adalah pelepasan baru yang mana pelepasan bagi pembelian bahan bacaan, komputer, peralatan sukan, akhbar arus perdana, smartphone, tablet, langganan internet serta bayaran keahlian gimnasium jumlah keselurusan terhad kepada RM2,500 setahun.

Pelepasan tambahan Bajet 2017

Pelepasan cukai sehingga RM1,000 diberi kepada pembayar cukai individu yang hantar anak 6 tahun ke bawah ke taman asuhan dan pra-sekolah berdaftar, mulai 2017.

Pelepasan cukai baru sehingga RM1,000 bagi pembelian peralatan penyusuan ibu. Pelepasan setiap 2 tahun sekali mulai tahun taksiran 2017.

Untuk mendapatkan maklumat berkenaan pelepasan cukai lain-lain boleh klik sini.

Kemana Cukai Di Belanjakan ?

Tahukah anda yang hasil kerajaan tertinggi adalah daripada cukai pendapatan. Boleh rujuk kepada infografik gambar dibawah.

Sumber Gambar : Bernama

 

Bagi pendapatan penggajian atau perniagaan yang berlaku dalam tahun 2017 wajib declare pada tahun 2018. Jadi sementara masih ada masa di tahun 2017 ini, anda digalakkan untuk menyediakan sebanyak mungkin pelepasan cukai yang ada supaya 2018 nanti tak banyak cukai kena bayar.

Azrul Izzaham Rozak

Konsultan Akaun dan Cukai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bisnes ‘Enterprise’ Saja. Boleh Ke Beli Rumah ?