in ,

5 Borang Cukai Yang ‘Famous’ di Malaysia.

Bagi individu dan syarikat yang membuat pendapatan di Malaysia adalah perlu mengisytihar pendapatan kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) setiap tahun. Ini bermakna, tidak cukup hanya sekadar membuat bayaran kepada pihak LHDN. Jadi adalah perlu untuk isytihar cukai melalui borang-borang cukai yang berkaitan mengikut kategori-kategori yang ditetapkan. Jom kenal borang-borang cukai yang terkenal di Malaysia.

#1. Borang EA/EC

Borang EA/EC adalah borang lapor pendapatan tahunan yang di keluarkan oleh syarikat kepada pekerja setiap tahun. Pembezaan borang EA dan EC adalah, borang EA untuk pekerja swasta dan borang EC bagi pekerja kerajaan. Borang EA/EC untuk simpanan peribadi dan bukan sebagai borang utama untuk permohonan pinjaman dengan pihak bank. Pihak majikan perlu akur untuk keluarkan borang ini kepada pekerja pada tarikh yang telah ditetapkan.

Tarikh Akhir Hantar Borang : 28 Februari Setiap Tahun.

#2. Borang E

Borang E adalah borang yang perlu dilaporkan oleh majikan kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk memaklumkan maklumat pendapatan pekerja setiap tahun. Dalam borang ini biasa dinyatakan, bilangan pekerja, bilangan pekerja baru, bilangan pekerja berhenti, pendapatan tahunan, caruman KWSP pekerja, potongan PCB yang telah dibuat bayaran dan beberapa lagi maklumat penting.

Tarikh Akhir Hantar Borang : 31 Mac Setiap Tahun

#3. Borang BE

Borang BE adalah borang nyata pendapatan bagi individu yang tiada pendapatan perniagaan. Jika anda adalah pengarah syarikat jatuh bawah kategori ni juga. Pengarah di kira sebagai pekerja kepada syarikat Sdn Bhd. Pekerja-pekerja semestinya memerlukan borang BE untuk nyata pendapatan.

Pekerja boleh menggunakan maklumat pada borang EA/EC untuk dimasukkan kedalam Borang BE setiap tahun. Jadi penting untuk majikan keluarkan borang EA/EC supaya memberi kelancaran kepada pekerja dalam menyatakan pendapatan kepada pihak LHDN. Borang BE antara dokumen penting yang diperlukan oleh pihak bank bagi permohonan pinjaman.

Tarikh Akhir Hantar Borang : 30 April Setiap Tahun

#4. Borang B

Borang B adalah borang nyata pendapatan bagi individu yang ada pendapatan perniagaan macam Enterprise. Baik buat bisnes berkonsep milikan tunggal atau perkongsian, ini adalah borang untuk anda nyata pendapatan. Perniagaan Enterprise tiada borang nyata cukai perniagaan. Jadi pendapatan yang diperolehi daripada perniagaan perlu dinyata dalam Borang B sebagai pendapatan individu dan dikira sebagai cukai individu.

Borang B ini ada bahagian maklumat kewangan perniagaan yang perlu di isi. Jadi penyediaan borang B perlu di dahului dengan kira dulu akaun untung rugi perniagaan, penyediaan taksiran cukai pendapatan perniagaan, penyediaan cukai individu, baru boleh masukkan maklumat ke dalam borang B. Nampak susah tapi mudah. Borang B boleh kira macam slip gaji bagi individu yang buat bisnes. Jadi wajib declare cukai untuk dapat pinjaman bank. Dokumen wajib !

Tarikh Akhir Hantar Borang : 30 Jun Setiap Tahun

#5. Borang C

Borang C adalah borang nyata pendapatan syarikat Sdn Bhd. Maklumat kewangan syarikat perlu di masukkan kedalam borang C. Anda boleh perolehi maklumat kewangan syarikat di dalam Laporan Audit Tahunan. Pengiraan taksiran cukai perlu dilakukan sebelum menyatakan pendapatan syarikat. Jika anda ada syarikat Sdn Bhd, dalam masa sama anda juga pengarah syarikat, anda perlu lapor borang C dan borang BE.

Tarikh Akhir Hantar Borang : Dalam Tempoh 7 Bulan Dari Tarikh Tutup Akaun Syarikat

Submit Online

Borang-borang yang telah disenaraikan ini boleh di buat penghantaran secara online. Galakan daripada pihak LHDN bagi setiap individu atau syarikat mendapatkan nombor pin kali pertama sebelum akses ke dalam sistem mereka.

Kalau anda malas fikir banyak, hubungi 011-28351921 (Azrul Izzaham) yang menawarkan servis konsultan akaun dan cukai. Saya akan bantu anda !

SHARE pada semua orang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Siapakah Pernah Paling Kaya Di Dunia Selain Bill Gate ?